Showing posts with label Homestay di Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Homestay di Cameron Highland. Show all posts

Friday, 15 December 2017

Kea Garden Guest House, Cameroon Highland

Bagi yang merancang ke Cameron Highland, boleh cuba guesthouse ini, berhampiran dengan Kea Farm. Ini serba sikit maklumat berkenaan Kea Garden Guesthouse. Rumah penginapan ini cantik, selesa dan dekat dengan Pasar Kea Farm di Brinchang tu.

Hanya 2 minit jalan kaki dari pintu bilik untuk ke pasar beli sayur, strawberry dan macam-macam lagi hehe. Lepas 'shopping' boleh balik semula ke bilik berehat.

Harga bilik sekitar RM138/night (hari biasa). Jika hujung minggu mungkin mahal sedikit.

Lokasi berdekatan pasar Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland. 

Tempat letak kereta perlu melalui laluan pasar Kea Farm, nanti dia akan ada tanda arah 'Parking', jadinya ikut sahajalah tanda arah itu. Jalan ke parking macam curam sedikit, jadi berhati-hati ya.

Semoga maklumat ini dapat membantu serba sikit kepada yang berminat nak mencari penginapan di Cameron Highlands.

Sumber: https://www.facebook.com/ohmymedia.my/

Tempahan: https://www.facebook.com/keagardenguesthouse/










Wednesday, 4 October 2017

Ivy Chalet Taman Sedia Cameron Highlands Bertemakan Chalet Di Dalam Taman Bunga

Ivy Chalet Taman Sedia Cameron Highlands bertemakan chalet di dalam taman bunga.

Alamat: No 6 Taman Sedia Tanah Rata Cameron Highlands Pahang

Kadar Penginapan: RM300 per night(8 -10 pax) dan untuk dua mlm Rm500

Lokasi chalet terletak diantara pekan Tanah Rata dan Brinchang.

Kemudahan yang disediakan: 


  • Mempunyai 2 bilik tidur dan satu loteng.
  • Satu bilik katil Queen Size dan satu bilik katil 2 single berserta dengan kemudahan bilik air yang berasingan 
  • Ruang tamu yang selesa serta dilengkapi dgn sofa dan TV(Astro) 
  • Ruang tidur di loteng bumbung cukup selesa bagi mereka yang inginkan kelainan
  • Ruangan dapur di dalam rumah serta di ruang belakang rumah cukup selesa dan luas untuk aktiviti memasak/BBQ
  • Dilengkapi dgn kemudahan dapur dan alatan memasak 
  • Disekitar kawasan rumah ada di sediakan permainan bagi anak anak kecil untuk kemudahan si kecil (Papan jongkang jongkit serta papan gelongsor).
  • Di hadapan chalet mempunyai ladang memetik buah strawberi yang sedia untuk dikunjungi // aktiviti memetik buah strawberi dan ada gerai menjual cenderahati 

Hanya perlu berjalan kaki 2 minit untuk sampai ke lokasi tersebut.

Sumber maklumat: Ivy Chalet