Sunday 17 December 2017

Lokasi Terbaik Hari Keluarga ataupun Bercuti, hanya di D'Qnut Chalet and Restaurant

Mencari lokasi atau tempat terbaik untuk Hari Keluarga anda? Boleh cuba di D'Qnut Chalet and Restaurant

Chalet ini terletak dipantai kuala linggi dan bersebelahan dengan umang-umang chalet. 

Berjarak hanya 10km dari pantai pengkalan balak dan hanya mengambil masa 45minit dari tol pedas.

Kawasan yang luas dan selesa untuk bermandi manda dan beraktiviti di pantai.

Chalet berkonsepkan kontena, kadar semalaman bermula rm130 untuk satu rumah.

Mempunyai laman yang sangat luas, sesuai untuk pelbagai aktiviti.

Ada dewan makan dan kafe/restaurant.

Paling menarik, pantai ada pokok-pokok besar dan pondok-pondok tempat santai-santai.

Untuk tempahan boleh hubungi: 012 2447408 

atau follow Facebook: https://www.facebook.com/dqnutchalet/

atau rujuk blog: https://dqnutchalet.blogspot.my/

Lokasi : 

610, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi
78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia

Katanya dalam 20 minit je dari Port Dickson.

Sumber maklumat kami: Disini 










Friday 15 December 2017

Kea Garden Guest House, Cameroon Highland

Bagi yang merancang ke Cameron Highland, boleh cuba guesthouse ini, berhampiran dengan Kea Farm. Ini serba sikit maklumat berkenaan Kea Garden Guesthouse. Rumah penginapan ini cantik, selesa dan dekat dengan Pasar Kea Farm di Brinchang tu.

Hanya 2 minit jalan kaki dari pintu bilik untuk ke pasar beli sayur, strawberry dan macam-macam lagi hehe. Lepas 'shopping' boleh balik semula ke bilik berehat.

Harga bilik sekitar RM138/night (hari biasa). Jika hujung minggu mungkin mahal sedikit.

Lokasi berdekatan pasar Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland. 

Tempat letak kereta perlu melalui laluan pasar Kea Farm, nanti dia akan ada tanda arah 'Parking', jadinya ikut sahajalah tanda arah itu. Jalan ke parking macam curam sedikit, jadi berhati-hati ya.

Semoga maklumat ini dapat membantu serba sikit kepada yang berminat nak mencari penginapan di Cameron Highlands.

Sumber: https://www.facebook.com/ohmymedia.my/

Tempahan: https://www.facebook.com/keagardenguesthouse/