Friday 15 December 2017

Kea Garden Guest House, Cameroon Highland

Bagi yang merancang ke Cameron Highland, boleh cuba guesthouse ini, berhampiran dengan Kea Farm. Ini serba sikit maklumat berkenaan Kea Garden Guesthouse. Rumah penginapan ini cantik, selesa dan dekat dengan Pasar Kea Farm di Brinchang tu.

Hanya 2 minit jalan kaki dari pintu bilik untuk ke pasar beli sayur, strawberry dan macam-macam lagi hehe. Lepas 'shopping' boleh balik semula ke bilik berehat.

Harga bilik sekitar RM138/night (hari biasa). Jika hujung minggu mungkin mahal sedikit.

Lokasi berdekatan pasar Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland. 

Tempat letak kereta perlu melalui laluan pasar Kea Farm, nanti dia akan ada tanda arah 'Parking', jadinya ikut sahajalah tanda arah itu. Jalan ke parking macam curam sedikit, jadi berhati-hati ya.

Semoga maklumat ini dapat membantu serba sikit kepada yang berminat nak mencari penginapan di Cameron Highlands.

Sumber: https://www.facebook.com/ohmymedia.my/

Tempahan: https://www.facebook.com/keagardenguesthouse/










No comments:

Post a Comment