Friday 29 July 2016

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Bisnes

Nota: Artikel ini disediakan dan diterbitkan oleh Majalah Niaga pada 28 Julai 2016.


Jika anda berminat untuk memulakan bisnes sendiri, penting buat anda untuk sentiasa bersedia dengan segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Adakalanya, dugaan itu datang tanpa kita menduga. Justeru, di bawah ini merupakan 10 perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan bisnes :

#1 – Mulakan Bisnes Dengan Modal Sendiri 

Sekiranya ada modal kecil, buat bisnes kecil. Kata Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick, hanya “moron” memulakan bisnes dengan hutang. Dalam bisnes banyak ketidakpastian, cuma satu saja yang pasti, apabila berhutang, harus bayar. Bagi graduan, usah tambah hutang sekiranya pinjaman PTPTN pun belum habis bayar lagi.

#2 – Cuba Dahulu Secara Kecil-Kecilan 

Sebelum anda membelanjakan RM30,000 untuk buat produk OEM, jual dulu produk itu kecil-kecilan. Contoh, buat sambal yang sedap itu di rumah dan jual secara kecil-kecilan. Apabila dapat pesanan yang banyak, barulah keluarkan besar-besaran melalui OEM. Sekiranya anda nak jual menggunakan food truck, mulakan dengan jual (contoh: nasi lemak, burger atau apa sahaja) kecil-kecilan. Apabila ada permintaan banyak, barulah pindah kepada food truck.

#3 – Usah Sewa Pejabat Pada Peringkat Permulaan 

Apabila anda sewa pejabat, duit anda “sangkut” kepada pejabat. Anda kena bayar sewa dan utiliti. Gunakan “virtual office” sama ada yang disediakan oleh agensi kerajaan atau swasta. Yuran yang dikenakan cukup rendah, bermula RM100 sebulan.

#4 – Simpan Rekod Kewangan Bisnes Dengan Baik 

Anda mungkin tidak membuat pinjaman sekarang, namun rekod kewangan yang baik akan memudahkan anda membuat pinjaman dari bank atau agensi kerajaan apabila anda ingin membesarkan perniagaan kelak.

Pastikan juga rekod kewangan peribadi baik dan tidak ada hutang tertunggak, termasuklah dengan PTPTN atau kad kredit. Untuk memudahkan anda membuat pinjaman pada masa depan, rekod kewangan bisnes dan rekod kewangan peribadi hendaklah bersih.

#5 – Jangan Berhenti Kerja 

Sekiranya anda sedang bekerja, usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Buat bisnes sambil bekerja. Cuma pastikan anda tidak menggunakan masa bekerja untuk buat bisnes atau berlaku “conflict of interest.” Contoh bisnes yang boleh dilakukan sambil bekerja ialah perniagaan online. Apabila anda mendapati bisnes sudah berjalan dengan baik dan memberikan sejumlah pendapatan yang mencukupi, barulah berhenti kerja.

#6 – Belajar Tentang Keusahawanan 

Bagus untuk belajar pelbagai aspek keusahawanan. Namun, usah tunggu semua lengkap, baru nak mula bisnes. Mulakan sekarang. Sambil berniaga, sambil belajar. Anda akan lebih faham apa yang anda buat.

#7 – Menimba Ilmu 

Ramai orang buat kursus keusahawanan dan berikan nasihat. Dengar kesemuanya. Bagaimanapun, saring dan pilihlah yang sesuai. Manfaatkan pengalaman dan ilmu mereka. Namun, anda perlu tahu bahawa keputusan yang betul untuk orang lain belum tentu baik untuk anda. Mana-mana nasihat yang baik, ambil. Sekiranya tidak, bakulsampahkan.

#8 – Cari Pengalaman 

Bisnes adalah satu pengalaman yang berterusan. Sekiranya ada perkara yang mengecewakan anda, biarkan ia di situ. Usah diungkit berkali-kali. Buka buku baru dan berjalan terus.

#9 – Jangan Mudah Putus Asa 

Ramai orang mencuba berniaga dan bisnes tak menjadi pada percubaan pertama. Itu lumrah. Usah kecewa. Anda tidak gagal kerana bisnes tak menjadi. Cuba lagi, anda gagal tatkala anda berhenti mencuba bisnes baru.

#10 – Sentiasa Berusaha 

Sebagai usahawan, usah minta “bantuan.” Sebagai usahawan, anda memilih untuk berusaha sendiri. Usah rendahkan martabat anda dengan meminta-minta bantuan. Sekiranya anda perlukan khidmat agensi kerajaan, gunakan perkataan “facilitate.” Contoh, “Boleh tuan facilitate keperluan saya untuk mendapatkan modal tambahan? Gunakan ayat yang mencerminkan minda keusahawanan.

Thursday 28 July 2016

Kereta kabel ke Resorts World Genting

Assalamualaikum w.b.t.

Resorts World Genting menawarkan ride kereta kabel secara percuma selama sebulan pada bulan Ogos. Kereta kabel baru siap ni, ada 99 gondola semuanya. Ada 10 gondola yg kaca bawah dia transparent. 1/8/2016 offiicial launch. Jom naik genting. 


Sumber: Cempedak Cheese 








Wednesday 27 July 2016

Mencari Homestay dan Chalet di Tepi Pantai Port Dickson ? Sunrise Village Resort ada.

Assalamualaikum w.b.t.

Selalu kita pergi Port Dickson mesti cari hotel. Jarang jumpa chalet ataupun homestay. Kalau adapun dah menghampiri pantai Negeri Melaka kan. Tapi kali ini, saya nak kongsi pasal Homestay yang betul2 berhampiran dengan Pantai Port Dickson. 

SUNRISE VILLAGE RESORT

Jalan Pantai Batu 9, Teluk Kemang
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: +606 662 7879
Email: sunrisevillageresort@gmail.com

For reservation please contact:

016-913 6410

019-661 0257

Sunrise Village Resort ada menyediakan beberapa rumah banglo dan bilik Chalet. Setiap banglo boleh memuatkan 10 - 20 orang. Ada banyak bilik dalam banglo tu. Juga disediakan dapur dan tempat BBQ. Yang paling seronok setiap banglo ada kolam renang. 

Antara perkhidmatan yang disediakan seperti:

~ Guest Rooms 
~ Holiday Villa 
~ Conference Room
~ Wedding Dinner
~ Team Building
~ Birthday Party
~ Telematch
~ Family Gathering
~ Restaurant

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web dan facebook resort:



Koleksi Gambar Sunrise Village Resort: 

































Tuesday 26 July 2016

Gondola Kaca Kristal, Langkawi.

Assalamualaikum.

Kereta Kabel Langkawi kat Gunung Mat Cincang dah ada gondola kaca kristal. Saya kereta kabel yang biasa pun mengucap panjang bila nak naik huhu. 

Lokasi : Langkawi Skycab, Gunung Mat Cincang, Langkawi.






sumber: FB Firdaus Isnan

Tuesday 19 July 2016

Percutian 'Kampung Style' di Kampungstay Desa Murni, Pahang.


Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar orang kampung? hehe. Lama sudah tak berjumpa di alam maya huhu. Sebenarnya saya dah terlupa yang saya ada blog tentang percutian haha. Ok untuk kali ini, saya nak kongsikan satu lagi tempat yang patut kita semua pergi. Kepada sesiapa yang teringin percutian ala-ala suasana kampung dan teringin nak makan gulai tempoyak aku sarankan korang pergi ke Kampungstay Desa Murni di Temerloh Pahang. Asyik-asyik pergi air terjun atau tepi pantai je kan, sekali sekala teringin jugak bercuti suasana kampung. 



sumber: Kampungstay Desa Murni

Di mana lokasi kampungstay ni? 


Ok tuan puan boleh rujuk alamat di bawah:

Kampungstay Desa Murni
Lot 1674, Jalan Homestay,
Desa Murni Sanggang,
28020 Temerloh, 
Pahang Darul Makmur

Apa yang menarik di kampungstay ni? 


haaa sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan bergantung kepada pakej yang kita pilih. Jika anda memilih pakej homestay disini anda berpeluang untuk menikmati aktiviti seperti Melukis Batik, Memancing Kolam Ikan Patin, Membeli belah di Pasar Pagi Ahad, Main Gasing, Kelas Memasak, Kelas Tarian, Melawat Gunung Senyum, Melawat Kandang Rusa, Gajah Sanctuari, Melawat Bandar Temerloh/Mentakab dan macam macam lagilah hahaJika nak datang santai santai tanpa memilih pakej pun boleh juga. Antara pakej besar yang disediakan adalah seperti:
  • Pakej Family Day dan Reunion
  • Pakej Seminar
  • Pakej Homstay dan Kampungstay.

Tuan puan boleh pilih ikut cita rasa sendiri hehe. 

Insha Allah jika tiada halangan, bulan september 2016 ni saya akan menyertai rakan rakan saya dalam majlis reunion sekolah menengah saya. Insha Allah saya akan cuba dapatkan gambaran dan keadaan yang lebih jelas tentang kampungstay ini.

Jika tuan puan berminat untuk menginap di sini, bolehlah rujuk laman web Kampungstay Desa Murni. Jika nak lihat gambar/foto yang dikongsikan oleh pihak kampungstay boleh rujuk laman facebook kampungstay disini

Sekian dahulu dari saya, jumpa lagi.