Tuesday 19 July 2016

Percutian 'Kampung Style' di Kampungstay Desa Murni, Pahang.


Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar orang kampung? hehe. Lama sudah tak berjumpa di alam maya huhu. Sebenarnya saya dah terlupa yang saya ada blog tentang percutian haha. Ok untuk kali ini, saya nak kongsikan satu lagi tempat yang patut kita semua pergi. Kepada sesiapa yang teringin percutian ala-ala suasana kampung dan teringin nak makan gulai tempoyak aku sarankan korang pergi ke Kampungstay Desa Murni di Temerloh Pahang. Asyik-asyik pergi air terjun atau tepi pantai je kan, sekali sekala teringin jugak bercuti suasana kampung. 



sumber: Kampungstay Desa Murni

Di mana lokasi kampungstay ni? 


Ok tuan puan boleh rujuk alamat di bawah:

Kampungstay Desa Murni
Lot 1674, Jalan Homestay,
Desa Murni Sanggang,
28020 Temerloh, 
Pahang Darul Makmur

Apa yang menarik di kampungstay ni? 


haaa sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan bergantung kepada pakej yang kita pilih. Jika anda memilih pakej homestay disini anda berpeluang untuk menikmati aktiviti seperti Melukis Batik, Memancing Kolam Ikan Patin, Membeli belah di Pasar Pagi Ahad, Main Gasing, Kelas Memasak, Kelas Tarian, Melawat Gunung Senyum, Melawat Kandang Rusa, Gajah Sanctuari, Melawat Bandar Temerloh/Mentakab dan macam macam lagilah hahaJika nak datang santai santai tanpa memilih pakej pun boleh juga. Antara pakej besar yang disediakan adalah seperti:
  • Pakej Family Day dan Reunion
  • Pakej Seminar
  • Pakej Homstay dan Kampungstay.

Tuan puan boleh pilih ikut cita rasa sendiri hehe. 

Insha Allah jika tiada halangan, bulan september 2016 ni saya akan menyertai rakan rakan saya dalam majlis reunion sekolah menengah saya. Insha Allah saya akan cuba dapatkan gambaran dan keadaan yang lebih jelas tentang kampungstay ini.

Jika tuan puan berminat untuk menginap di sini, bolehlah rujuk laman web Kampungstay Desa Murni. Jika nak lihat gambar/foto yang dikongsikan oleh pihak kampungstay boleh rujuk laman facebook kampungstay disini

Sekian dahulu dari saya, jumpa lagi.




No comments:

Post a Comment