Thursday 8 September 2016

Tips Bagi Suami Atau Ayah Menjaga Anak

Perkongsian artikel bergambar dari laman fb Gelugo

Semoga bermanfaat.

Kajian menunjukkan bahawa anak anak yang rapat dengan ayah mempunyai akhlak yang lebik baik dan dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.


























Wednesday 7 September 2016

Broga Bliss Eco Garden, Lenggeng

Bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan jauh dari kesibukan kota serta boleh mandi kolam air bukit. Boleh cuba ke Broga Bliss Eco Garden. Alamat Negeri Sembilan tapi sebelah dekat je dengan Broga hehe.

Apapun boleh rujuk maklumat di bawah:

Broga Bliss Eco Garden
Contact : 0193318890 Nori, 0133887888 Cindy
Alamat : Lot 5414, Mukim Lenggeng, Negeri Sembilan, 71750 Seremban

Email: brogabliss@gmail.com

p/s - segala maklumat dan gambar diambil dari laman fb Cempedak Cheese. 





















LOKASI



Friday 2 September 2016

Taman Tema Air Bangi Wonderland

Taman tema air yang terletak di Bangi kini sudah dibuka. Ada yang dah pergi? Antara gambar dan maklumat bayaran yang sempat admin capai hehe!

Bayaran tiket Taman Tema Air Bangi Wonderland:

Dewasa - RM58
Kanak2 bawah 130cm - RM48
Kanak2 bawah 90cm - Free.

kredit gambar : AmirulAzzim dan Cempedak Cheese 






Friday 29 July 2016

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Bisnes

Nota: Artikel ini disediakan dan diterbitkan oleh Majalah Niaga pada 28 Julai 2016.


Jika anda berminat untuk memulakan bisnes sendiri, penting buat anda untuk sentiasa bersedia dengan segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Adakalanya, dugaan itu datang tanpa kita menduga. Justeru, di bawah ini merupakan 10 perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan bisnes :

#1 – Mulakan Bisnes Dengan Modal Sendiri 

Sekiranya ada modal kecil, buat bisnes kecil. Kata Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick, hanya “moron” memulakan bisnes dengan hutang. Dalam bisnes banyak ketidakpastian, cuma satu saja yang pasti, apabila berhutang, harus bayar. Bagi graduan, usah tambah hutang sekiranya pinjaman PTPTN pun belum habis bayar lagi.

#2 – Cuba Dahulu Secara Kecil-Kecilan 

Sebelum anda membelanjakan RM30,000 untuk buat produk OEM, jual dulu produk itu kecil-kecilan. Contoh, buat sambal yang sedap itu di rumah dan jual secara kecil-kecilan. Apabila dapat pesanan yang banyak, barulah keluarkan besar-besaran melalui OEM. Sekiranya anda nak jual menggunakan food truck, mulakan dengan jual (contoh: nasi lemak, burger atau apa sahaja) kecil-kecilan. Apabila ada permintaan banyak, barulah pindah kepada food truck.

#3 – Usah Sewa Pejabat Pada Peringkat Permulaan 

Apabila anda sewa pejabat, duit anda “sangkut” kepada pejabat. Anda kena bayar sewa dan utiliti. Gunakan “virtual office” sama ada yang disediakan oleh agensi kerajaan atau swasta. Yuran yang dikenakan cukup rendah, bermula RM100 sebulan.

#4 – Simpan Rekod Kewangan Bisnes Dengan Baik 

Anda mungkin tidak membuat pinjaman sekarang, namun rekod kewangan yang baik akan memudahkan anda membuat pinjaman dari bank atau agensi kerajaan apabila anda ingin membesarkan perniagaan kelak.

Pastikan juga rekod kewangan peribadi baik dan tidak ada hutang tertunggak, termasuklah dengan PTPTN atau kad kredit. Untuk memudahkan anda membuat pinjaman pada masa depan, rekod kewangan bisnes dan rekod kewangan peribadi hendaklah bersih.

#5 – Jangan Berhenti Kerja 

Sekiranya anda sedang bekerja, usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Buat bisnes sambil bekerja. Cuma pastikan anda tidak menggunakan masa bekerja untuk buat bisnes atau berlaku “conflict of interest.” Contoh bisnes yang boleh dilakukan sambil bekerja ialah perniagaan online. Apabila anda mendapati bisnes sudah berjalan dengan baik dan memberikan sejumlah pendapatan yang mencukupi, barulah berhenti kerja.

#6 – Belajar Tentang Keusahawanan 

Bagus untuk belajar pelbagai aspek keusahawanan. Namun, usah tunggu semua lengkap, baru nak mula bisnes. Mulakan sekarang. Sambil berniaga, sambil belajar. Anda akan lebih faham apa yang anda buat.

#7 – Menimba Ilmu 

Ramai orang buat kursus keusahawanan dan berikan nasihat. Dengar kesemuanya. Bagaimanapun, saring dan pilihlah yang sesuai. Manfaatkan pengalaman dan ilmu mereka. Namun, anda perlu tahu bahawa keputusan yang betul untuk orang lain belum tentu baik untuk anda. Mana-mana nasihat yang baik, ambil. Sekiranya tidak, bakulsampahkan.

#8 – Cari Pengalaman 

Bisnes adalah satu pengalaman yang berterusan. Sekiranya ada perkara yang mengecewakan anda, biarkan ia di situ. Usah diungkit berkali-kali. Buka buku baru dan berjalan terus.

#9 – Jangan Mudah Putus Asa 

Ramai orang mencuba berniaga dan bisnes tak menjadi pada percubaan pertama. Itu lumrah. Usah kecewa. Anda tidak gagal kerana bisnes tak menjadi. Cuba lagi, anda gagal tatkala anda berhenti mencuba bisnes baru.

#10 – Sentiasa Berusaha 

Sebagai usahawan, usah minta “bantuan.” Sebagai usahawan, anda memilih untuk berusaha sendiri. Usah rendahkan martabat anda dengan meminta-minta bantuan. Sekiranya anda perlukan khidmat agensi kerajaan, gunakan perkataan “facilitate.” Contoh, “Boleh tuan facilitate keperluan saya untuk mendapatkan modal tambahan? Gunakan ayat yang mencerminkan minda keusahawanan.

Thursday 28 July 2016

Kereta kabel ke Resorts World Genting

Assalamualaikum w.b.t.

Resorts World Genting menawarkan ride kereta kabel secara percuma selama sebulan pada bulan Ogos. Kereta kabel baru siap ni, ada 99 gondola semuanya. Ada 10 gondola yg kaca bawah dia transparent. 1/8/2016 offiicial launch. Jom naik genting. 


Sumber: Cempedak Cheese