Sunday 17 December 2017

Lokasi Terbaik Hari Keluarga ataupun Bercuti, hanya di D'Qnut Chalet and Restaurant

Mencari lokasi atau tempat terbaik untuk Hari Keluarga anda? Boleh cuba di D'Qnut Chalet and Restaurant

Chalet ini terletak dipantai kuala linggi dan bersebelahan dengan umang-umang chalet. 

Berjarak hanya 10km dari pantai pengkalan balak dan hanya mengambil masa 45minit dari tol pedas.

Kawasan yang luas dan selesa untuk bermandi manda dan beraktiviti di pantai.

Chalet berkonsepkan kontena, kadar semalaman bermula rm130 untuk satu rumah.

Mempunyai laman yang sangat luas, sesuai untuk pelbagai aktiviti.

Ada dewan makan dan kafe/restaurant.

Paling menarik, pantai ada pokok-pokok besar dan pondok-pondok tempat santai-santai.

Untuk tempahan boleh hubungi: 012 2447408 

atau follow Facebook: https://www.facebook.com/dqnutchalet/

atau rujuk blog: https://dqnutchalet.blogspot.my/

Lokasi : 

610, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi
78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia

Katanya dalam 20 minit je dari Port Dickson.

Sumber maklumat kami: Disini 










Friday 15 December 2017

Kea Garden Guest House, Cameroon Highland

Bagi yang merancang ke Cameron Highland, boleh cuba guesthouse ini, berhampiran dengan Kea Farm. Ini serba sikit maklumat berkenaan Kea Garden Guesthouse. Rumah penginapan ini cantik, selesa dan dekat dengan Pasar Kea Farm di Brinchang tu.

Hanya 2 minit jalan kaki dari pintu bilik untuk ke pasar beli sayur, strawberry dan macam-macam lagi hehe. Lepas 'shopping' boleh balik semula ke bilik berehat.

Harga bilik sekitar RM138/night (hari biasa). Jika hujung minggu mungkin mahal sedikit.

Lokasi berdekatan pasar Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland. 

Tempat letak kereta perlu melalui laluan pasar Kea Farm, nanti dia akan ada tanda arah 'Parking', jadinya ikut sahajalah tanda arah itu. Jalan ke parking macam curam sedikit, jadi berhati-hati ya.

Semoga maklumat ini dapat membantu serba sikit kepada yang berminat nak mencari penginapan di Cameron Highlands.

Sumber: https://www.facebook.com/ohmymedia.my/

Tempahan: https://www.facebook.com/keagardenguesthouse/










Wednesday 4 October 2017

Ivy Chalet Taman Sedia Cameron Highlands Bertemakan Chalet Di Dalam Taman Bunga

Ivy Chalet Taman Sedia Cameron Highlands bertemakan chalet di dalam taman bunga.

Alamat: No 6 Taman Sedia Tanah Rata Cameron Highlands Pahang

Kadar Penginapan: RM300 per night(8 -10 pax) dan untuk dua mlm Rm500

Lokasi chalet terletak diantara pekan Tanah Rata dan Brinchang.

Kemudahan yang disediakan: 


  • Mempunyai 2 bilik tidur dan satu loteng.
  • Satu bilik katil Queen Size dan satu bilik katil 2 single berserta dengan kemudahan bilik air yang berasingan 
  • Ruang tamu yang selesa serta dilengkapi dgn sofa dan TV(Astro) 
  • Ruang tidur di loteng bumbung cukup selesa bagi mereka yang inginkan kelainan
  • Ruangan dapur di dalam rumah serta di ruang belakang rumah cukup selesa dan luas untuk aktiviti memasak/BBQ
  • Dilengkapi dgn kemudahan dapur dan alatan memasak 
  • Disekitar kawasan rumah ada di sediakan permainan bagi anak anak kecil untuk kemudahan si kecil (Papan jongkang jongkit serta papan gelongsor).
  • Di hadapan chalet mempunyai ladang memetik buah strawberi yang sedia untuk dikunjungi // aktiviti memetik buah strawberi dan ada gerai menjual cenderahati 

Hanya perlu berjalan kaki 2 minit untuk sampai ke lokasi tersebut.

Sumber maklumat: Ivy Chalet  










Friday 25 August 2017

Menikmati Keindahan Dan Kehijauan Waterway Villa, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.


Nama Resort: 

Waterway Villa

Lokasi: 

Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Hanya 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Bandar Bentong.

Alamat: 

PT 21564, Bt 7, Jalan Kuala Lumpur Lama, Bukit Tinggi, 28750 Bentong Pahang, Malaysia.

Harga:

Dari RM3++ hingga RM1+++

Boleh buat tempahan di sini

Kemudahan:

5 jenis villa/kediaman/bilik iaitu: 
Bali Villa, Hill Villa, Stone Villa, Glass Villa dan Bamboo Villa

Aktiviti Menarik di sana:

>>Aktiviti Rekreasi seperti berbasikal,memancing,jungle trekking,mandi manda dan lain-lain.

>>Kolam Air Panas (Bentong Hotspring)

>>Perting Waterfall

Ok itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya bagi. Jom tengok gambar di bawah pula. Semua gambar saya ambil dari laman Waterway Villa